7 Tips Usahawan Boleh Belajar Dari K-Drama Series Popular: Start-Up

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Start-Up baru sahaja habis ditayangkan semalam (6/12/2020) dengan 16 episodes yang diakhiri dengan ending yang memuaskan. Jadi, disini admin nak recap balik antara lessons yang usahawan boleh belajar dari K-Drama ini.

Boleh baca: K-Drama 2020: “Start Up” worth it tengok atau tidak? disini.

usahawan

Start-Up merupakan sebuah drama bersiri yang dibintangi oleh Bae Suzy sebagai Seo Dalmi, Nam Joohyuk sebagai Nam Do San, Kang Hanna sebagai Won InJae dan Kim SeonHo sebagai Han JiPyeong. Mengisahkan tentang journey mereka sebagai usahawan yang baru ingin bermula dan dari sini, banyak pengajaran yang boleh kita dapat pelajari.

Warning: Spoilers ahead.

7 Tips Usahawan Boleh Pelajari dari Start-Up

Okay guys, ready note book dengan pen siap-siap!

1. Constructive Criticism Penting dalam Membina Progress

Source: Netflix.

Han JiPyeong merupakan Mentor kepada Company Samsan Tech semasa di dalam event yang dianjurkan oleh Sandbox. Kebanyakan pendapat-pendapat yang diberikan oleh Han JiPyeong sangatlah menyakitkan namun begitu, semua yang dicakapkan itu ada benarnya.

Disebabkan kata-kata Han JiPyeong itu agak menyakitkan hati, mereka bersungguh-sungguh ingin membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh JiPyeong adalah salah. Dari situ, kita dapat belajar bahawa kadang-kadang, kita perlukan pendapat yang menyakitkan hati tetapi itulah realiti yang sebenarnya dari kata-kata yang berlapik dan penuh harapan namun hasilnya lain dari apa yang dikatakan.

2. A Clear Strategy

“Business Plan is the key to Success”. Dari sini, kita boleh ambil contoh dari the original member of Samsan Tech, iaitu Nam Dosan, Lee Chulsan dan Kim Yongsan dimana mereka berpuluh-puluh kali gagal dalam mendapatkan investors untuk invest dalam company mereka.

Walaupun mereka mempunyai minda yang pandai dan mempunyai technology yang menarik pun, tanpa business plan; mereka tak dapat nak kemana-mana.

Jadinya, business plan ini penting okay! Pentingnya business plan untuk usahawan-usahawan yang baru nak bermula, atau dah lama pun: kerana ia dapat dijadikan sebagai satu alat pembantu untuk lebih fokus supaya business korang boleh berjaya, dan ia boleh juga membantu korang untuk achieve short-term dan long-term objectives korang yang dah tertulis dalam business plan tu.

3. Jangan takut untuk gagal

Dalam series Start-Up ini, Sandbox merupakan sebuah tempat yang dibina untuk membantu usahawan-usahawan yang baru dan inginkan kejayaan. Idea Sandbox ini datang daripada bapa Dalmi, iaitu apabila sedang dibuai tinggi mana pun, pasir akan menghalang diri daripada terluka kalau terjatuh.

Namun, reality tidaklah semudah itu. Tidak semua berpeluang untuk jatuh ke dalam sandbox itu sendiri. Tetapi, janganlah kita takut untuk gagal. Boleh diambil contoh seperti bapa Dalmi, yang merupakan seorang usahawan yang tidak pernah berputus asa dalam membina impian yang diimpikan. Tiada sesiapa yang memberikannya sokongan dan dorongan, tetapi dia tetap berusaha dan tidak pernah takut untuk gagal.

Source: Netflix.

4. Buat yang terbaik untuk buktikan anda tidak memilih pilihan yang salah

Usahawan Start-up
Source: Netflix.

Kehidupan Dalmi pasti akan lebih senang jika dia memilih untuk mengikuti ibunya semasa kecil. Ibu dan bapa mereka berpisah sewaktu Dalmi dan Injae kecil. Dalmi memilih untuk bersama dengan bapanya, manakala Injae mengikuti ibunya.

Kehidupan kakaknya mewah, dan Injae selalu mengingatkan Dalmi bahawa dia membuat pilihan yang betul kerana memilih ibunya. Nenek mereka juga pernah berkata beberapa kali kepada Dalmi bahawa dia sepatutnya memilih ibunya. Namun begitu, Dalmi tidak pernah menyesal dengan pililhan yang dibuatnya itu.

Begitu juga sama dalam memulakan perniagaan dan lain-lain. Jangan rasa menyesal dengan pilihan yang kita buat itu. Buktikan bukan sahaja dekat orang lain, tapi dekat diri sendiri juga yang kita tidak salah dalam memilih pilihan yang kita pilih tu.

5. Semua orang mempunyai peranan yang penting

Source: Start-Up.

Samsan Tech takkan kemana tanpa key players ini: CEO, Designer, Developers dan Investors. Setiap member mainkan peranan masing-masing dan peranan mereka sama penting dalam company itu.

Kadang-kadang, apabila dah terlalu taksub dengan position kerja kita, kita hilang tanggungjawab kita sebagai seorang member di dalam company itu. Start-Up mengingatkan kita bahawa satu team itu perlu bekerjasama untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.

6. Charisma sama penting dengan kebijaksanaan

Seperti original members of Samsan Tech, mereka mempunyai kebijaksanaan namun mereka kurang berkarisma membuatkan mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan. Yang dikatakan didalam #5, semua orang mempunyai peranan yang penting. Dalam hal ini, Seo Dalmi merupakan orang yang berkarisma itu.

Walaupun Dalmi tidak mempunyai education yang tinggi, namun dia mempunyai skills communication yang bagus. Mungkin Dalmi belajar dari experiencenya bekerja sebelum berhenti. Skills Dalmi ini membantu Samsan Tech untuk mendapatkan investors untuk invest ke Samsan Tech.

Try untuk belajar communication skills sebelum memulakan perniagaan, mungkin dengan skills itu, perniagaan korang boleh pergi lebih jauh!

7. Team Chemistry sangat penting!

Dalam drama series ini, banyak scenes yang menunjukkan bahawa chemistry setiap member dalam company itu penting dalam menjayakan company itu sendiri! Tapi, janganlah pula kalau korang selesa dengan si dia, tapi si dia pula banyak hal dan masalah, susah jugak ye!

Dalam episode 4, Nam DoSan perlu memilih antara CEO Seo Dalmi ataupun CEO Won Injae. Kalau diikutkan, mestilah Nam Dosan akan pilih Won Injae kerana Injae lebih berpengelaman dalam bidang ini dan mempunyai latar belakang pelajaran yang tinggi. Tapi, DoSan memilih Dalmi sebagai CEO Samsan Tech.

Source: Netflix.

Boleh bayangkan tak kalau Samsan Tech memilih CEO Won Injae? Kemungkinan besar mereka akan banyak bertelingkah dan opinion mereka akan bercanggah. Fuh, kalau betul tu.. Tak tahulah apa jadi dekat Samsan Tech.

Kalau nak baca article-article yang menarik lagi, bolehlah tekan link ini. https://www.laichikang.com/

Total
10
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts