7 Hipster Cafe di Kuala Terengganu – Jom Cuba!

hipster cafe di kuala terengganu

Sekarang ni bukan kat Kuala Lumpur je yang ada Hipster Cafe, tapi di merata tempat dah! Kuala Terengganu adalah salah satu tempat yang tak lepas ada Hispter Cafe. Jom tengok 7 Hipster Cafe di Kuala Terengganu. Boleh lah korang masukkan dalam wishlist apabila korang melawat Kuala Terengganu nanti.

Selain daripada makang nasi dagang dan satar, eh terbahasa dialect Terengganu pula 😝 mestilah nak juga makan kat Hipster Cafe kan?

Hispter Cafe yang akan disenaraikan ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan port lepak, malah makanan yang dihidangkan pun sedap dan yang paling penting, sesuai untuk berOOTD!

Oh! Sebelum tu, nak tahu tips OOTD agar gambar cantik? Klik sini.

Jom terokai 7 Hipster Cafe di Kuala Terengganu!

1. Oliva Cafe

hipster cafe di kuala terengganu
Sumber: TripAdvisor

Cafe ini terletak di Jalan Sulaiman dan ia menawarkan aneka pilihan makanan barat dan ramai yang dah bagi review / feedback yang memuaskan! Ada pelbagai jenis hidangan seperti stik, pasta, burger dan banyak lagi. Nak tahu menu apa yang menjadi best seller?

Best seller di Oliva Cafe ialah Crab Spaghetti, Fish and Chips dan Beef Burger. Nak makan dessert? Jangan risau, itu pun ada! Pelbagai jenis air juga dihidangkan di cafe ini.

2. Gudang Makang

Sumber: Facebook

Konsep kedai ini agak unik, kerana Gudang Makang merupakan tempat menjamu selera yang berkonsepkan seperti sebuah kilang. Di sini, terdapat pelbagai jenis gerai yang menghidangkan pelbagai jenis makanan.

Di sini, bukan sahaja disajikan makanan tempatan, malah makanan Barat juga. Berkonsepkan santai, Gudang Makang ini sesuai untuk korang singgah kalau nak makan sambil bersantai dengan yang tersayang!

3. On The Way Kopitiam

Sumber: HiroGoSomewhere

Tengok luaran pun dah menarik cafe ini kan? Namun, kedai ini menyajikan makanan tempatan.

Kafe ini menyajikan kepelbagaian makanan yang popular di Terengganu seperti Laksam, Laksa Terengganu dan keropok lekor. Selain itu, menu shaved ice dessert turut dihidangkan di sini.

4. Qawa Coffee

Sumber: Facebook

Peminat coffee, where you at?! Kalau korang penggemar kopi, korang wajib serbu Qawa Kafe kerana ia merupakan antara port kafe hipster yang popular di Terengganu. Kafe ini turut digelar kafe kontena dan ia menyediakan 60 jenis kopi yang memang kaw!

Bukan sahaja kopi, Qawa Coffee turut menyediakan makanan barat dan pencuci mulut. Sambil lepak minum kopi tu boleh lah cuba dessert yang manis dan sedap.

5. Rahsia Kitchen

Sumber: Facebook

Menu menu yang dihidangkan di sini amatlah mengagumkan. Kalau korang nak cuba sesuatu yang baru singgah sahaja di Rahsia Kitchen dan wajib cuba menu seperti Chicken Roudale, Promodoro dan Carbonara.

6. The Syrup VS Soda

Sumber: Facebook

Dengar nama je memang dah menarik. Kafe ini menyediakan makanan barat yang enak dan menyelerakan. Kafe ini membawa konsep moden, dengar nama je memang dah moden!

Ada banyak menu barat seperti stik, pasta burger, bebola daging dan banyak lagi. Minuman pun ada banyak, dari yang biasa ke luar biasa!

7. Nami House 2

Sumber: Fahmi Jusoh

Kafe ini pun tersenarai dalam Hipster Cafe di Kuala Terengganu ya!

Kafe ini berkonsep santai dan sememangnya sesuai untuk anda lepak bersama keluarga atau kawan kawan. Antara air yang popular di kafe ini adalah Teh Tarik Madu dan Teh Tarik Hijau. Hidangan western pun ada!

Macam mana dengan artikel kali ini? Harap membantu untuk memudahkan kerja korang mencari hipster cafe di Kuala Terengganu sebab sekarang kan dah boleh rentas negeri!

Kalau dah terokai habis kesemua hipster cafe di Kuala Terengganu, jom tengok 6 Tempat-Tempat Menarik Di Ipoh, Perak! pula.

Total
12
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts