“Mana nak jalan-jalan dekat Ipoh eh? Tak Tahulah mana tempat menarik.” Soalan yang sentiasa timbul apabila plan nak pergi bercuti. Kadang-kadang, sampai tak tidur memikirkan mana nak pergi waktu bercuti? Tapi, ada jugak yang tak plan pun tiba-tiba sampai ke sesuatu lokasi tu. Sebenarnya banyak je tempat menarik dekat Ipoh, cuma pergi tak pergi je.
Lagi-lagi kalau pergi bercuti dengan kawan-kawan, confirm dari a-z nak kena plan betul betul supaya dapat jimat masa daripada kehulur-kehilir tak tahu nak kemana. Tapi, disebabkan wabak Covid-19 yang makin naik ni, makin susah lah kita nak bercuti keluar negeri. Jadi, ini adalah satu perkongsian tentang kemana nak pergi bila sampai ke Ipoh.
1. Restoran New Hollywood

Konsep restaurant ini ialah menyediakan banyak gerai-gerai makanan yang ada pelbagai jenis. Jadi anda boleh memilih makanan yang menarik perhatian anda. Kebanyakannya adalah gerai makanan cina, tapi ada juga makanan melayu.
2. Tasik Cermin

Kawasan masuk Tasik Cermin ialah melalui jalan lori kerana ianya kawasan kuari. Jalan berbatu dan berdebu. Jalan masuknya agak jauh jadi perlu bersabar sedikit. Tapi, kalau dah sampai, mesti terkejut dengan keindahan suasana disana.
3. Kellie Castle

31000 Batu Gajah, Perak
4. Concubine Lane

Concubine Ln, 30000 Ipoh, Perak
Kalau anda sukakan bangunan-bangunan lama, dekat sinilah tempatnya! Banyak tempat “Instagrammable” untuk yang suka berposing tu! Tapi, tak banyak kedai-kedai makan yang boleh makan untuk orang Melayu.
5. Miniature Wonders Art Gallery

49, Jalan Market, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Museum yang mempamerkan miniature-miniature yang berasaskan dari kayu. Bayaran masuk percuma untuk tingkat bawah dan RM5 dikenakan untuk tingkat 2.
6. May Wong Galleri

Dari Miniature Wonders Art Gallery, korang boleh pergi ke May Wong Gallery ni sebab diorang dalam Kawasan sama. May Wong Gallery ni merupakan muzium fotografi sejarah Malaysia serta kedai print vintage terbesar di dunia tau! Kemasukan adalah percuma.
Ada banyak lagi tempat menarik dekat Ipoh yang korang boleh explore tau! Untuk sementara ni, admin share tempat-tempat ni dahulu! Yang nak ke Ipoh tu, enjoy your trip!!
https://www.tourismperakmalaysia.com/ (Untuk tahu lebih lanjut tentang tempat-tempat menarik di Ipoh, Perak)