6 Sungai Di Terengganu Masih Lepasi Paras Bahaya

Paras air di enam sungai di Terengganu direkodkan masih melepasi paras bahaya setakat jam 10 pagi ini. 

Jumlah ini menunjukkan kadar penurunan paras air berbanding jumlah sebelum ini pada 27 Februari yang mencecah sehingga 13 sungai yang melepasi paras bahaya.

Menurut laman web rasmi Public Infobanjir, enam buah sungai yang merekodkan paras bahaya adalah dua di Setiu, satu di Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun dan Kuala Terengganu.

Di Setiu, sungai yang melepasi paras bahaya ialah sungai Nerus di Kampung Langkap dengan bacaan sebanyak 21.02m, dan di Kampung Bukit dengan bacaan 13.96m.

Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman mencatat sebanyak 6.22m aras air.

Manakala di Hulu Terengganu, Sungai Telemong di Kuala Ping mencecah 19.99m aras air.

Turut dilaporkan, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau melepasi paras bahaya dengan rekod 13.76m aras air.

Aras air Sungai Terengganu di Muzium Terengganu, Kuala Terengganu pula dicatat sebanyak 2.54m.

Sementara itu, lapan sungai mencatat bacaan paras amaran, dan lima mencatat bacaan paras waspada di Terengganu ketika artikel ini ditulis.  

Info terkini boleh didapati di laman web rasmi Public Inforbanjir Jabatan Pengairan dan Saliran.


Ikuti berita terkini bersama Laichikang.

Total
12
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts