6 Sebab Kenapa Haid Datang Lambat

sebab kenapa haid datang lambat

Setiap seorang daripada pembaca wanita di sini pasti pernah mengalami masalah lambat datang haid. Walau bagaimanapun, ada yang beranggapan bahawa ia adalah benda biasa dan bukan satu masalah besar. Kita sebagai wanita sepatutnya tidak boleh memandang perkara ini sebelah mata sahaja. Dalam artikel ini, kami kongsikan 6 sebab kenapa haid datang lambat.

6 sebab kenapa haid datang lambat yang ramai tidak tahu

1. Hormon prolaktin berlebihan

sebab kenapa haid datang lambat

Salah satu sebab kenapa haid datang lambat adalah kerana terdapat hormon prolaktin yang berlebihan di dalam badan. Kewujudan hormon ini secara berlebihan boleh menghalang pengeluaran telur.

Secara tidak langsung, kitaran haid juga akan terjejas. Malah, terdapat sesetengah kes di mana haid datang lewat berbulan-bulan lamanya.

2. Tekanan

sebab kenapa haid datang lambat

Sebab kenapa haid datang lambat yang berikutnya adalah tekanan. Apabila seseorang itu stres, perkara ini juga secara tidak langsung akan mengganggu kitaran haid. Ini kerana stres yang dialami itu boleh menyebabkan ovulasi terganggu dan seterusnya memberhentikan haid.

3. Terlalu kurus

sebab kenapa haid datang lambat

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa badan yang terlampau kurus juga boleh mengganggu kitaran haid. Pastikan anda makan secara sihat untuk mendapatkan berat badan yang ideal supaya kitaran haid boleh kembali menjadi normal semula.

4. Ubat cegah kehamilan

sebab kenapa haid datang lambat

Sebab kenapa haid datang lambat yang seterusnya adalah kerana pengambilan ubat untuk mencegah kehamilan. Sekiranya anda ada mengambil hormon pencegah kehamilan seperti Depo-Provera atau Implanon, ia mungkin mengganggu kitaran haid anda. Alat pencegah hamil berhormon ini sebenarnya boleh menjejaskan ovulasi daripada terhasil.

5. Obesiti

sebab kenapa haid datang lambat

Sekiranya tadi badan yang terlampau kurus dikatakan boleh menganggu kitaran haid, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan juga sama. Berat badan berlebihan menyebabkan hormon menjadi tidak stabil. Ini sekali gus akan mengganggu kitaran haid seseorang.

6. Mengambil ubatan seperti jamu

sebab kenapa haid datang lambat

Akhir sekali, sebab kenapa haid datang lambat adalah mungkin kerana pengambilan ubatan seperti jamu. Sekiranya anda ada mengambil jamu dan mendapati kitaran haid anda terganggu, sila berhenti dengan serta-merta untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

Jadi, demikianlah sebab kenapa haid datang lambat. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Apa-apa pun, sekiranya masalah ini berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

[LIHAT JUGA] 3 Alat Kesihatan Yang Wajib Ada Di Rumah Sepanjang Pandemik

Total
4
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts