6 Maksud Di Sebalik Pergerakan Ekor Kucing

maksud di sebalik pergerakan ekor kucing

Pasti ramai pembaca di sini yang merupakan pencinta kucing. Siapa sahaja yang tidak suka dengan makhluk comel dan gebu itu. Tahukah anda bahawa kita sebenarnya boleh tahu apa yang kucing kita rasa menerusi gerakan ekornya? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 6 maksud di sebalik pergerakan ekor kucing.

Jom ketahui 6 maksud di sebalik pergerakan ekor kucing

1. Ekor lurus tegak

maksud di sebalik pergerakan ekor kucing
Sumber: TreeHugger

Keadaan ini menunjukkan bahawa kucing anda sedang berada dalam keadaan yang gembira. Dalam erti kata lain, kucing tersebut selesa dengan keadaan sekelilingnya.

2. Menyembunyikan ekor

Apabila kucing anda menyembunyikan ekornya, ini menunjukkan bahawa ia sedang bersedih atau mungkin sakit.

3. Mengipas-ngipas ekor (fanning)

Sekiranya kucing anda berjalan sambil mengipas-ngipas ekornya, ini bermaksud ia sangat selesa dengan keadaan sekelilingnya.

4. Ekor sedikit bengkok seakan-akan bentuk bukit

Keadaan ini membawa maksud kucing anda sedang stres. Pada masa yang sama, ia juga seolah-olah peringatan bahawa jangan sesekali cuba mendekatinya atau membelainya buat masa ini.

[LIHAT JUGA] 8 Cara Efektif Untuk Kurangkan Stress Kucing Anda

5. Menggoyangkan ekor dengan laju (wagging)

maksud di sebalik pergerakan ekor kucing
Sumber: Catster

Jangan sesekali cuba mendekati atau menyapa kucing yang sedang menggoyangkan ekornya dengan laju. Ini kerana keadaan ekornya itu menunjukkan bahawa mood-nya agak kurang baik.

6. Mengembangkan badan dan ekor

maksud di sebalik pergerakan ekor kucing
Sumber: iHeartCats

Sekiranya kucing anda kelihatan seperti gambar di atas, jangan sesekali cuba pegang atau apatah lagi mengangkatnya. Keadaan ini menunjukkan bahawa ia sedang marah atau sedang bergaduh dengan ‘musuh’. Jadi, jangan cuba nak masuk campur. Silap hari bulan, tuan sendiri yang bertukar jadi musuhnya.

Semoga perkongsian kami tentang maksud di sebalik pergerakan ekor kucing ini dapat membantu anda semua untuk lebih memahami bahasa kucing.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts