5 Webtoon Karya Anak Malaysia

Pasti ramai di luar sana yang suka baca webcomic, atau lebih dikenali sebagai Webtoon kan? Mana taknya, Webtoon ada pelbagai jenis. Dari lukisan hingga ke jalan cerita, malah ada yang gunakan muzik dan animasi dalam Webtoonnya. Memang kreatif dan menarik.

I Love Yoo, Omniscient Reader dan Lore Olympus ialah antara Webtoon sensasi yang meraih berjuta bacaan seluruh dunia. Tapi korang tahu tak Webtoon dari Malaysia pun ada diterbitkan di platform ini.

Di sini, admin senaraikan 5 Webtoon hasil karya anak Malaysia.

1. My Deepest Secret

  • Karya: Hanza Art
  • Status: Completed (101 ep)
  • Baca di sini

Webtoon ini mengisahkan seorang gadis bernama Emma dan teman lelakinya yang tampan, sweet dan sentiasa prihatin dengannya. Tetapi, disebalik kemanisan percintaan mereka, ada rahsia tersembunyi.

Antara Webtoon paling popular di Line Webtoon dengan lebih 188 juta view, 2.4 juta subscriber, dan berjaya meraih rating sebanyak 9.65/10.

2. My Giant Nerd Boyfriend

  • Karya: Fishball
  • Status: Ongoing (706 ep)
  • Baca di sini

Ikuti kisah seharian pasangan sedondon, Fishball dan teman lelakinya, Giant Geek dalam menempuhi liku-liku kehidupan. Alam percintaan sememangnya indah, tetapi bila ada teman lelaki yang tinggi lampai pasti akan mendatangkan cabaran.

Webtoon ini mempunyai sebanyak 696.1 juta view, 2.2 juta subscriber dan rating sebanyak 9.73/10.

3. The weight of Our Sky

  • Karya: Hanna Alkaf, Nisrina A.N.
  • Status: Completed (52 ep)
  • Baca di sini

Melati, seorang pelajar sekolah yang mengalami OCD dan gangguan jin keluar meredah rusuhan ketika peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur demi mencari maknya.

Webtoon ini ialah adaptasi daripada novel dengan judul yang sama oleh Hanna Alkaf dan telah meraih sebanyak 8.1 juta view, lebih 254k subscriber dan rating sebanyak 9.79/10.

4. Nice to Meet You

  • Karya: Wishroomness
  • Status: Ongoing (68 ep)
  • Baca di sini

Apabila Mew, pelajar universiti terjumpa sekeping kad pelajar yang tercicir di kedai, dia membuat keputusan menukar kad mereka untuk suka-suka. Apa yang akan berlaku akibat daripada keputusannya itu?

Webtoon ini mempunyai 74.5 juta view, 1.4 juta subscriber dan rating sebanyak 9.79/10.

5. Of Dark Lord and Cabbages

  • Karya: Liyanya
  • Status: Ongoing (21 ep)
  • Baca di sini

Sebagai pewaris Dark King, Gendry dibenci semua penduduk Light Kingdom, kecuali Seyren, Dragon Hero, pelindung dan adiwira… serta teman lelaki rahsia Gendry.

Diterbitkan sebagai Webtoon Original pada hujung tahun lalu, Webtoon ini telah meraih sebanyak 8.9 juta view, 354k subscriber dan rating sebanyak 9.29/10.


Nak baca lagi artikel menarik? Jom ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts