5 Sebab Anda Tak Boleh Mandi Air Banjir

Seronok memang seronok, tapi tahukah anda betapa bahayanya mandi air banjir?

Malaysia sudah sinonim dengan kemunculan monsun musim hujan setiap kali menjelangnya akhir tahun.

Antara negeri yang hampir setiap tahun dinaiki air adalah negeri pantai timur iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu dan tahun ini beberapa daerah Johor turut dinaiki air.

Hujan tanpa henti antara punca utama berlakunya banjir di kawasan-kawasan tanah rendah sehingga rumah-rumah ditelenggami air.

Negeri Kelantan antara negeri yang memang dah sinonim dengan situasi banjir setiap tahun. Pada tahun 2014, Kelantan alami banjir yang paling teruk sehingga banjir tu dinamakan sebagai banjir kuning.

Pada tahun itu juga, berlakunya fenomena angin monsun yang diberi nama “New Moon” dengan kelajuan angin 50-60 KM sejam yang telah menyebabkan kadar paras air laut naik.

Di bandar-bandar besar lain pula ceritanya. Banjir kilat kerap terjadi terutamanya jika hujan lebat turun tanpa henti dan mengakibatkan paras air naik secara tiba-tiba dan mendadak.

Tak kiralah banjir kilat ke, banjir besar ke, kedua-duanya bahaya!

Bagi majoriti orang, banjir merupakan satu bencana. Manakala, bagi kanak-kanak pula, musim ini merupakan pesta mandi air banjir untuk mereka berenang atau bermandi-manda.

Hm, boleh ke macam tu?

Ini 5 Sebab Mengapa Mandi Air Banjir Merupakan Aktiviti Yang Berbahaya

  1. Bahan berbahaya
Kredit: Blog Cabuk

Air banjir memang nampak macam tak ada apa, tapi sebenarnya air banjar telah bercampur dengan bahan kimia berbahaya seperti minyak kenderaan, petrol dan diesel.

Bukan itu saja, air banjir juga turut tercampur dengan sisa-sisa buangan industri yang mengandungi bahan toksik yang sememangnya berbahaya bukan saja pada kanak-kanak, tapi juga kepada orang dewasa.

2. Bercampur air kumbahan

On normal days, air kumbahan berada pada paras yang lebih rendah daripada penutup tanki agar tidak melimpah. Jadi, cuba bayangkan apabila berlakunya banjir..

Dah bayangkan? Dah bayangkan apa terjadi bila anda mandi air banjir? Tak perlu bagitahu pun anda sudah pasti tahu apa kandungan dalam air kumbahan itu kan…?

YUP! Air banjir akan memenuhi tangki tersebut dan menyebabkan air kumbahan melimpah dan akhirnya bercampur.

Air kumbahan mengandungi mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit berbahaya seperti E Coli, Hepatitis A dan Kolera.

3. Terdedah dengan bahan tajam

Air banjir membawa semua benda yang berada di sepanjang laluannya ke bahagian hilir.

Kalaulah air banjir ni jernih, mesti ramai dah taubat untuk. mandi air banjir dek kerana ada macam-macam bahan tajam yang ada dalam air banjir.

Antara objek yang berpontensi memberi bahaya adalah seperti serpihan kaca, kawat berduri, sisa logam yang tajam, dahan pokok dan macam-macam lagi.

Haa, nak mandi air banjir lagi tak?

4. Lubang air

Arus air yang kuat diikuti dengan beban air yang tinggi di atas permukaan tanah boleh menyebabkan tanah atau struktur jalan menjadi mendap atau tenggelam.

Ketika air hujan menjadi keruh dan menyebabkan banjir, anda tidak akan tahu sekiranya jalan tersebut selamat dilalui atau tidak. Anda tidak tahu berkemungkinan struktur jalan tersebut telah runtuh atau dibawa air.

Oleh itu, elakkan menggunakan kenderaan darat atau berjalan kaki melalui air banjir. Cara yang paling selamat adalah menggunakan bot atau sampan kecil.

5. Pesta nyamuk

Kredit: Harian Metro

Selain daripada pesta air, banjir juga merupakan pesta pembiakan nyamuk.

Nyamuk amat suka pada persekitaran air bertakung. Yes, air bertakung adalah tempat yang paling ideal untuk nyamuk bertelur.

Jika anda merupakan salah seorang mangsa musim banjir, gunakan kelambu semasa tidur dan gunakan penyembur serangga untuk menghalau dan membunuh nyamuk.

Kadar kehadiran dan pembiakan nyamuk amat tinggi ketika musim banjir!

Langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menjadi mangsa banjir:

  • Patuhi arahan pihak berkuasa
  • Pindah segera ke pusat permindahan apabila diarahkan
  • Jangan biarkan kanak-kanak mandi atau main aiar banjir
  • Tutup semua suis utama
  • Sentiasa menjaga keselamatan warga tua, kanak-kanak dan ibu hamil.

Semoga banjir yang berlaku kini segera surut.

Nak baca artikel menarik lagi? Layari je https://www.laichikang.com/!

Total
12
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts