5 Langkah Mudah Order Starbucks Untuk Beginners

Baru-baru ni tular di media sosial Twitter di mana seorang lelaki kecewa apabila dia pertama kali membeli minuman di Starbucks mencecah sehingga RM41 untuk secawan!

Dikhabarkan lelaki tersebut dipelawa oleh barista Starbucks tersebut untuk menambah pelbagai add on untuk menjadikan minuman itu lebih sedap.

Lelaki tersebut hanya bersetuju dengan apa saja yang dipelawa oleh barista itu tanpa menyedari bahawa segala add on tersebut akan menyebabkan minuman itu menjadi mahal. Maklumlah, pertama kali order.

Walaubagaimana pun, dia menyedari bahawa ia merupakan kesilapan dirinya juga untuk tidak bertanya mengenai harga-harga add on yang dikenakan.

Minuman ini sangat sinonim dengan minuman yang dikatakan premium kerana harganya yang lebih mahal berbanding minuman yang lain.

Antara sebab Starbucks menjadi pilihan orang ramai bukan saja minumannya, tapi juga persekitarannya yang tenang dan nyaman sesuai untuk buat kerja atau baca buku yang tak terbaca tu.

Baca: Selalu beli buku tapi tak baca? Anda mungkin mengalami Tsundoku Syndrome.

Jangan terkejut, masih ramai lagi yang tak pernah and tak tahu nak order Starbuck, and that’s okay! Minuman yang dianggap mewah ini sering dikaitkan dengan menunya yang complicated. Sampai ada yang tak berani nak order.

So harini, kami nak kongsikan 5 basic steps macam mana nak order minuman Starbucks buat korang yang tak pernah try, tapi nak try, tapi tak tahu nak order macam mana!

Serious, mudah je sebenarnya kalau faham selok belok Starbucks ni. And tak salah pun nak rasa minuman jenama popular ni. Sekali sekala, kan?

  1. Semak pilihan minuman dalam menu

Okay first thing first, masuk je pintu Starbucks, akan ada satu menu board belakang cashier yang menunjukkan 5 categories; Coffee (Hot/Cold), Frappe (Ice Blended), Tea (Hot/Cold), Chocolate dan juices.

Ikut selera masing-masing, ada yang tak suka coffee, ada yang suka blended, dekat Starbucks ni macam-macam menu ada yang boleh disesuaikan ikut tekak masing-masing.

2. Sizing

Starbucks ni popular dengan 3 pilihan saiz minum. Yang menariknya, Starbucks tidak menyebut saiz mereka sebagai small, medium, large.

Ia disebut sebagai tall, grande dan venti. Tapi kalau korang dah tak reti sangat nak sebut atau ingat, cakap je nak saiz small, medium dan large. Barista akan faham punya!

And kalau korang nak upgrade saiz minuman, hanya perlu tambah RM1!

Source: Pinterest

3. Tambah flavor ekstra

Kalau korang inginkan minuman yang ada twist sikit, boleh minta pada barista untuk menambah perisa tambahan seperti Vanilla, Hazelnut, Caramel atau Toffee.

Kebiasaannya, tambahan perisa ini datang dengan harga tambahan.

Tambahan perisa minuman ini pun boleh disesuaikan mengikut citarasa. 1 pump boleh, 2 pump boleh, 3 pump pun boleh! Pastikan korang tanya dulu harga untuk sesuaikan dengan budget masing-masing.

4. Pilihan teh yang umph!

Untuk yang tak minum coffee, pilihan teh pun ada. Macam-macam jenis teh ada. Green tea, black tea, Iced Shaken Lemon Tea.

Starbucks pun kadang-kadang ada keluarkan pelbagai jenis flavour teh. Memang sesuai untuk penggemar teh!

Starbucks New Tea Infusions & FREE Tea Friday July 14, 1-2pm | Starbucks  Secret Menu
Source: Starbucks Secret Menu

5. Cara order pada barista

Okay, selepas dah tahu apa nak beli, korang boleh cakap kepada akak atau abang barista tu macam ni,

“Hello, boleh tak saya nak order Tall Iced Latte, dengan tambahan 1 shot syrup caramel?”

Sekiranya barista itu menawarkan apa-apa tambahan, kemukakan soalan tentang harga dulu. Mana lah tahu dah melepasi bajet kita, kan?

Cop, barista akan menanyakan nama korang sebelum korang bayar. Haa jangan terkejut ya.

Starbucks mengamalkan cara meletakkan nama pada minuman agar tidak tertukar dan minuman menjadi lebih valuable kepada si peminum.

Kedai kopi mewah ini bukan sahaja menawarkan minuman, malah makanan dan pencuci mulut pun ada bermacam-macam jenis. Makanan seperti chicken lasagna, baked mac and cheese selalu menjadi pilihan orang ramai.

Dessert pula? Ini lagi best. Ada pelbagai cake yang boleh korang pilih, untuk dimakan bersama minuman yang korang dah beli tadi.

Starbucks ni pun tak kurang juga dengan diskaun dengan promonya. Sebab tu korang kena ikut rapat media-media sosial diaorang. Kadang-kadang boleh dapat 2 minuman dengan satu harga!

Haa, dah tahu macam mana nak order, apa kata korang baca pula pasal seasonal flavours pula?

Baca: Kenapa 1 ‘seasonal flavour’ pun tak ada dalam permanent menu?

Selamat mencuba!

Total
41
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts