5 Kebaikan Sarang Burung Yang Anda Patut Tahu!

kebaikan sarang burung

Kalau nak tahu, ada banyak kebaikan sarang burung bukan sahaja pada kulit, malah untuk kesihatan juga. Sebelum wujudnya minuman kolagen, sarang burung adalah ‘suplement kecantikan’ yang wajib diambil oleh wanita wanita di luar sana.

Kalau nak tahu, ada seorang artis Malaysia yang menjual dan mengamalkan pemakanan sarang burung, nak tahu ke siapa? Kulit dia memang cantik, mesti sebab dia amalkan sarang burung setiap hari.

Artis tu ialah Fouziah Gous, ada ke yang tak kenal dia siapa? Kalau tengok kat Instagram, kita boleh tengok betapa flawless nya kulit dia! Bukan setakat flawless, tapi nampak awet muda, sihat dan glowing. Tak percaya? Cuba tengok sendiri. Klik sini.

P/s Kalau ada sesiapa yang nak beli, boleh lah jenguk ke Instagram FG Walet Bird’s Nest by Fouziah Gous. Selamat menjamu mata, tapi sebelum tu baca sampai habis dulu! Kita nak kongsi banyak lagi akan kebaikan sarang burung ni.

Sebelum korang bersiap siap nak pergi ke supermarket beli sarang burung, jom ketahui kebaikan sarang burung bukan sahaja pada kulit, malah pada seluruh badan kita juga.

#1 Membaik pulih tekstur kulit

kebaikan sarang burung
Sumber: Freepik

Siapa je yang taknak tekstur kulitnya licin, kan? Sarang burung terkenal dengan kebaikannya untuk memulihkan tekstur kulit. Ini adalah kerana sarang burung bertindak sebagai makanan tambahan yang mencantikkan kulit dari dalam.

Bukan tu je, sarang burung juga bertindak untuk membuat kulit kita nampak awet muda. Best kan? Apabila dalaman kita cantik, nescaya luaran pun cantik juga!

#2 Pencernaan menjadi mudah

kebaikan sarang burung
Sumber: Freepik

Bagi yang mengalami masalah pencernaan yang lemah, memang bagus kalau amalkan sarang burung. Ini adalah kerana sarang burung dapat dicerna dengan mudah oleh sistem pencernaan.

Selain tu, sarang burung beri nutrien yang baik dan apabila badan kita diberi nutrien yang baik, pencernaan pun akan jadi lebih mudah. Dah boleh say goodbye to poor digestion!

#3 Bagus untuk ibu mengandung dan setelah melahirkan anak

kebaikan sarang burung
Sumber: Freepik

Menurut kajian Prof. Wang Bing, iaitu pakar akademik dari Jabatan Molekul dan Sains Hayat, Mikrobiologi, Manusia Pemakanan University of Sydney, Australia, sarang burung mengandungi asid sialik (SA) yang merupakan sejenis karbohidrat berguna untuk peningkatan sel sel otak dan membran sinaptik.

Ibu mengandung yang mengamalkan sarang burung dikatakan lebih mudah untuk pulih setelah bersalin, dan membuatkan para ibu lebih bertenaga, dan akan mendapat tidur yang lebih baik.

#4 Melambatkan penuaan

Di Asia Tenggara, terutamanya orang Cina, mereka menyatakan bahawa kebaikan sarang burung yang mereka alami ialah sarang burung membantu menguatkan tenaga, meningkatkan gaya hidup agar lebih aktif, dan meningkatkan keupayaan memori terutamanya golongan orang tua.

#5 Menguatkan jantung

Ekstrak daripada sarang burung mempunyai keupayaan untuk mengukuhkan jantung. Jika konsisten mengamalkan sarang burung, ekstrak sarang burung ini juga akan menunjukkan kesan yang positif untuk tekanan darah. Apa yang akan terjadi? Tekanan darah akan menurun.

Banyak kan kebaikan sarang burung? Yang bestnya, bukan untuk kecantikan kulit je, malah untuk kesihatan badan juga. Selamat mencuba!

Baca: https://www.laichikang.com/menu-sedap-ketika-diet/

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts