5 Jenis Teh dan Kelebihannya!

5-jenis-teh-dan-kelebihannya
Source: Pinterest
Kepada tea enthusiast di luar sana – selain jadikan ni sebagai personality korang, korang ni sebenarnya tahu tak jenis-jenis teh yang ada di dalam dunia ni dan kelebihannya? 
5-jenis-teh-dan-kelebihannya

Hah, jangan setakat minum je tapi tak tahu apa-apa. Kena lah ada knowledge sikit, baru lah boleh banggakan PhD korang dalam bidang teh ni!

Kalau korang nak tahu, teh ni ada lebih kurang 27 jenis. Tapi hari ini sis hanya akan kongsikan 5 jenis ‘true teas* dengan korang semua. Ye lah kalau tak, sampai esok pun korang takkan habis baca.

*= ‘True tea’ ni datang dari tumbuhan yang sama; Camellia sinensis

5-jenis-teh-dan-kelebihannya

Okay, dengan satu hirupan Green Tea ku, terimalah….

5 Jenis Teh dan Kelebihannya!

Source: Nutrition Advance

#1 Black Tea

Source: Pinterest

Black Tea ni merupakan salah satu jenis teh yang paling popular di dunia, especially di Great Britain dan Ireland. Ramai yang suka gandingkan teh ni dengan sedikit susu untuk kurangkan rasa pahit dan masam teh ni. Kalau korang nak tahu, Black Tea perlu lalui proses pengoksidaan sehingga warna bertukar jadi hitam!

Fun fact: Black tea is the strongest of the true teas.

Menarik kan!

#2 Green Tea

Source: Pinterest

Semua orang tahu Green Tea ni salah satu jenis teh yang mempunyai pelbagai kelebihan. Jadi, sis tak perlu lah nak senarai kan? Berbeza dengan Black Tea, Green Tea ni hanya dibenarkan untuk melalui proses pengoksidaan yang singkat.  

Fun fact: Green Tea originated in China!

Another fun fact: Green Tea ada beberapa jenis;

  • Matcha
  • Hojicha 
  • Sencha 
  • Genmaicha

#3 Oolong Tea

Source: Pinterest

Oolong Tea ni merupakan traditional Chinese tea. Yang membezakan Oloong Tea daripada Green Tea dan Black Tea adalah cara teh ini diproses – di tengah-tengah skala AKA partially oxidised.

#4 Pu-erh Tea

Source: Pinterest

Korang mungkin pernah atau tak pernah dengar Pu-erh Tea ni, jangan risau sis pun tak terkecuali. (Ini kali ke-3 sis dengar, saja je lah nak bagitahu) Tahu atau tidak, Pu-erh Tea ni adalah fermented tea yang mengandungi pelbagai bakteria hidup yang bermanfaat!

Ya, lebih kurang macam Kombucha – kegemaran ramai tu. Siapa yang suka teh yang pahit, Pu-erh Tea might just be your cup of tea. (See what I just did there?)

#5 White Tea

Source: Pinterest

Kalau Black Tea ni dikenali sebagai true tea yang paling kuat, White Tea ni lah considered to be the mildest true tea.

Yin and yang vibesss… Tiber.

Bagi yang sensitive dengan caffeine, White Tea ni sesuai untuk korang sebab jumlah caffeine dalam teh ni lebih sikit berbanding dengan Green Tea dan Black Tea.

Amacam? Kan best korang dapat tambah lagi knowledge tentang teh-teh ni? Eh, tak perlu berterima kasih pun. Sis ikhlas 🙂

You know what they say,

Source: Google

Kalau korang suka post macam ni, tunggu apa lagi? Jomlah stalk Laichikang dan baca semua article kami! Confirm tak menyesal punyalah!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts