5 Cara Terbaik Untuk Mencapai The Ideal Work-Life Balance

work-life balance
Source: Cherry Professional

15 November haritu, The Star ada keluarkan article berdasarkan satu US-based study yang bertajukkan ‘Best Cities for Work-Life Balance 2020’. Antara 50 negara yang tersenarai, cuba teka Malaysia dekat nombor berapa? Hm dah macam result keseluruhan midterm sekolah je. Okay, janganlah terlalu berharap sangat sebab Malaysia ditempatkan di tangga ke-47.

Kalau nak kata terkejut, takdalah sangat kan? You know what they say, disappointed but not surprised.

‘Overworked’

‘Underpaid’

‘Overtime’

Tiga perkara ni bukanlah perkara yang asing dalam hidup harian kita. Tak kisahlah bagi yang first time celup kaki dalam dunia kerja ni atau pun yang dah lama. Confirm kita semua pernah go through benda ni, especially sekarang yang tengah musim pandemic. Dengan semua orang yang perlu harungi macam-macam cabaran dan susah payah untuk mencari rezeki.

Kita semua terpaksa berkorban dan gandakan lagi masa, tenaga dan effort mencari duit untuk sara hidup. Mana lah tak penat mental, fizikal dan emosi kan? Kerja tu memang kerja, tapi korang semua perlu lah tahu bahagikan masa kerja dan rehat! Kenapa? Well, sebab kesihatan keseluruhan kan penting?

Eh sekejap, kitorang tahulah macam mana nak bahagikan masa!

Kalau betul lah korang tahu cara nak bahagikan masa kerja dan rehat, takdanya Malaysia tengah high tea dekat tangga ke-47 sekarang ni. Tapi, perkara ni bukanlah sepenuhnya salah kita. Yelah, salah kita ke rakyat Malaysia ni overworked yet underpaid? Of course, bukan.

No one should be risking their health for a job, but some people are not ready for that conversation yet.

Mujurlah sis ni seorang rakyat Malaysia yang prihatin lagi murah hati. Jadi dalam post kalini sis akan sharekan beberapa cara yang korang boleh amalkan setiap hari – to achieve the ideal work-life balance ratio. Manalah tahu kita boleh rampas tempat Germany dalam golongan top 5 tu kan? Atau tu hanya angan-angan mat jenin?

5 Cara Untuk Capai The Ideal Work-Life Balance

Source: The Balance Careers, Vantage Circe and Roche.

#1 Atur dan Utamakan Masa Korang

Source: Forbes

Kalau nak cakap pasal soal kerja, bukanlah satu benda je yang kita kena luangkan masa untuk siapkan tapi berpuluh-puluh lagi benda yang perlu diselesaikan sebelum deadline. So, korang perlu lah tahu macam mana untuk utamakan kerja-kerja yang penting – AKA kerja-kerja yang perlu hantar ASAP.

Macam mana? Senang je, korang perlu bahagikan kerja-kerja yang ada kepada 4 kategori ni:

  • Urgent dan Penting
  • Penting Tapi Tak Urgent
  • Urgent tapi Tak Penting
  • Tak Urgent dan Tak Penting

#2 Setkan Waktu Bekerja – dan ikut waktu tu!

Work-Life Balance 2
Source: Amazon

Bagi anda yang bekerja, ni sangatlah penting! Especially korang yang work-from-home ni sebab nak bahagikan kerja dan personal life dekat rumah (boleh jugaklah nak dikatakan) challenging.

Setkan masa tertentu untuk bahagikan working hours dan personal time korang dan pastikan orang sekeliling pun tahu so korang takdalah tiba-tiba kena tulis article pukul 1 pagi nanti. If boleh elakkan, janganlah overwork diri sampai korang burntout.

#3 Include Senaman Dalam Rutin Harian

work-life balance 3
Source: Siakap Keli

Semua orang pun dah tahu betapa pentingnya senaman ni dalam hidup kita ni kan? Senaman ni bukan je penting untuk fizikal kita tapi penting jugak untuk make sure mental dan emosi kita sentiasa stabil dan terkawal!

Tak payah nak guna alasan nak siapkan kerja client untuk elak nak exercise. kesian client tu jadi mangsa, terbatuk-batuk dia! Jadi, mula dari sekarang make sure korang ambik at least 10-20 minit untuk exercise setiap hari! #hidupsihat #anakmuda

#4 Luangkan Masa Dengan Keluarga

work-life balance 4
Source: SariWangi

Korang sibuk macam mana sekali pun, cuba lah ambik sikit masa korang untuk spend time dengan family. Mungkin korang boleh makan sama-sama, tak kisahlah time breakfast, lunch atau dinner. Nak bangun sahur sama-sama pun boleh.

Waktu macam ni lah masanya untuk korang rapatkan lagi silaturrahim dengan family korang. Hah kan best gelak sama-sama tu? Tiba-tiba flashback zaman tengok Maharaja Lawak Mega sama-sama dengan family… Alexa play Pulang by Insomniacks. (Tiber)

#5 Cari Hobby Yang Sesuai

work-life balance 5
Source: The Tempest

Work-life yang balanced ni bukan maksudnya kita perlu luangkan masa kita untuk kerja dan family je. Obviously, masa digunakan untuk personal time kita pun penting untuk achieve the perfect work-life balance. Bagi yang buntu, tak ada idea nak buat apa sewaktu korang berehat, jangan risau sebab sis ada idea!

Setiap orang mesti ada hobby tersendiri. Ada yang suka membaca buku, memasak atau baking, tak pun yang suka tidur 24/7. So, buatlah semua tu! Walaupun waktu rehat hanya 1 jam sahaja, siapalah mereka untuk katakan tak boleh? (Ceh) Rest your body and mind and learn how to live a little!

Sis harap post kalini dapat lah bantu korang semua capai the ideal work-life balance. Awal-awal memang susah sikit untuk includekan semua ni dalam everyday schedule kita, tapi takpa jangan give up.

Kalau kita semua amalkan 5 cara ni, tak lama lagi kita mungkin dapat rampas takhta Norway sebagai no 1 dalam list ni. Percayalah….. Eh, Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Dato’ Sri buat apa dekat sini?

Kalau korang berminat untuk baca lebih lagi article daripada LaichiKang, janganlah malu untuk stalk website kita! Click je LaichiKang dan enjoylah hari anda!

Total
11
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts