8 Cara Efektif Untuk Kurangkan Stress Kucing Anda

Credit: Live Science

Stress. Kita selalu dengar stress ini dikaitkan dengan manusia. Tapi tahukah anda, kucing anda juga boleh mengalami stress? Ye, stress kucing ini juga bahaya!

Bila si comel kita stress, kita pun jadi stress. Betul tak? Kalau anda nak tahu, stress pada kucing ni pun ada macam-macam jenisnya.

Baca: Tanda-tanda Kucing Anda Stress

Jika kita tidak mengubati stress pada kucing kita, ia mungkin akan membawa bahaya kepada kesihatan si comel.

Yes, stress ni mustahilkan untuk kita hilangkan. Tapi jom fokus untuk apa yang kita boleh buat, iaitu kurangkan stress kucing anda!

5 Cara Efektif Untuk Kurangkan Stress Kucing Anda

#1 Persekitaran yang menarik

Sama seperti manusia, kucing juga perlukan persekitaran yang baik. Si comel anda akan berasa bosan apabila hanya terperap di rumah. Bayangkanlah kita berhari-hari duduk di rumah, mesti ada detik yang kita rasa stress, bukan?

Apa yang anda perlu buat adalah, anda perlu sediakan satu ruang khas untuk si comel melihat permandangan di luar tingkap.

Atau pun, bawa ia keluar bersiar-siar di kawasan berdekatan. Confirm stress kucing anda akan berkurangan!

#2 Luangkan masa bermain

8 Best Cat Toys in Malaysia 2020 - Top Brands and Reviews
Credit: Product Nation

Playtime bagi kucing adalah sangat penting. Ini kerana sifat pemburu adalah sifat semula jadi dan sudah menjadi naluri mereka untuk bertindak balas dengan apa saja permainan.

Permainan boleh jadi dalam apa-apa bentuk sekali pun. Tak perlu beli yang mahal pun tak apa. Sesetengah kucing lebih suka kepada kotak daripada permainan mahal yang kita beli.

Kotak, tali, bola kecil, atau apa sekali pun boleh menarik perhatian si comel.

Apabila si comel anda aktif dengan permainan, ia dapat mengurangkan bosan seterusnya mengelakkan daripada berlakunya stress kepada kucing.

#3 Sediakan litter box yang bersesuaian

Does your cat need an extra large litter box? - Modkat
Credit: ModKat

Tahukah anda litter box juga memainkan peranan yang besar dalam memastikan stress kucing anda berkurangan?

Anda perlu pertimbangkan litter box yang sesuai dengan size kucing anda, kawasan yang berdekatan dengan litter box, dan penjagaan harian litter box tersebut.

Pasir yang diletakkan dalam litter box juga memainkan peranan. Sekarang ni, ada macam-macam jenis pasir yang ada di pasaran. Pilih pasir yang kucing anda selesa.

Dengan litter box yang selesa stress kucing anda mampu dikurangkan.

Nota kaki: Kebanyakkan kucing tidak menyukai pasir yang mempunyai bau wangi yang pelik.

#4 Makanan yang berkualiti

Makanan adalah keperluan, tapi makanan kucing jenis yang mana yang terbaik untuk kucing anda?

Sesetengah kita mungkin beranggapan kucing boleh makan apa saja, sama seperti manusia. Contohnya macam nasi yang digaulkan bersama ikan. Tapi sebenarnya, it’s not good for cats okay!

Makanan kucing yang baik adalah makanan yang mengandungi taurine, iaitu asid amino yang khusus diperlukan oleh kucing, vitamin, mineral dan juga asid amino. Makanan yang baik juga dapat mengelakkan pembentukkan batu karang dan jangkitan salur kencing.

#5 Sediakan scratching area

Credit: PetMD

Permukaan mencakar amat penting untuk kesihatan kucing. Tanpa permukaan mencakar, kucing anda mungkin akan mengalami stress dan lebih teruk lagi anxiety.

Kucing anda mungkin menggemari mencakar sofa, karpet atau katil anda. Tapi ia akan menyebabkan anda stress, dan secara tidak langsung, ia akan membuat kucing anda stress juga.

Untuk mengurangkan stress kucing anda, sediakan tempat untuk mencakar sekurang-kurangnya satu.

#6 Set Up Tempat Hiding

Why do Cats Hide in Dark Places? - All of a Sudden
Credit: AnimalWised

Lumrah seekor kucing menyukai tempat menyorok yang private yang berfungsi sebagai tempat selamat. Keinging untuk bersembunyi di tempat yang gelap adalah perkara yang normal bagi seekor kucing.

Ini kerana naluri hunter mendorong mereka untuk mengambil kedudukan di sudut yang terpencil.

Kegagalan menyediakan tempat ini antara satu sebab kucing anda stress. Tempat yang selamat ini boleh jadi kotak atau pun carrier kucing itu sendiri.

#7 Perhatian yang cukup

What's the most expensive (and cheapest) pet to buy? - Mirror Online
Credit: The Mirror

Sama macam manusia, kucing juga perlukan perhatian. Luangkan masa bersama kucing anda dengan bermain bersama, atau apa apa aktiviti sekali pun. Ia dapat mengurangkan stress kucing anda yang boleh membahayakan dirinya.

Gunakan waktu ini untuk observe kelakuan kucing anda untuk sebarang perubahan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pencinta-pencinta kucing di luar sana untuk mengurangan stress kucing yang berbahaya.

Kalau nak baca artikel-artikel yang menarik, layari je https://www.laichikang.com/

Total
5
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts