5 Barang Daiso Yang Korang Wajib Beli!

Dekat Malaysia ni siapa je yang tak kenal Daiso? Sebut je Daiso, mula lah

“Eh nak kena beli ni lah!”

“Nak kena beli tu lah!”

Yelah, mana lah tak macam tu kalau semua barang dekat Daiso RM5.90. Kalau boleh nak je beli terus satu kedai tu kan? Hm.. Kalau boleh lah.

Bagi yang tak familiar sangat dengan kedai Daiso ni, jangan risau sis tak salahkan korang semua. Jap, tapi ada ke orang yang tak kenal Daiso? Macam mustahil je tapi takpa, mungkin korang ni bukan kaki shopping atau korang just tak ambik kisah. Get ready je lah, lepas baca article ni korang confirm akan terus pecut pergi Daiso dan borong satu kedai tu!

Kalau korang nak tahu, Daiso ni sebenarnya kedai RM5.90 yang mostly jual barang keperluan harian. Korang jangan ingat Daiso ni ada dekat Jepun dan Malaysia je, Daiso ni ada lebih daripada 5000 kedai di seluruh dunia. Tu pun tak termasuk outlet-outlet di Jepun! Wow kan?

Bagi yang selalu sangat pergi Daiso ni, mesti setiap kali masuk korang terus rambang mata dan rasa macam semua benda nak beli sampai tak terbeli kan?

Korang tak perlu risau lagi sebab post kalini sis akan list downkan 5 barang yang korang wajib beli! Jadi, next time korang pergi Daiso, takdalah rambang mata lagi! Terima lah….

5 barang Daiso yang korang wajib beli!

#1 Melamine Sponge

Sponge yang nampak macam tak berapa ni lah yang akan bersihkan kasut-kasut korang yang tak pernah dibasuh sejak awal tahun haritu sampailah nampak macam kasut baru yang masih ada bau kedai. Sponge ni bukan setakat boleh basuh kasut, dinding dan lantai pun dia boleh bersihkan. Tak percaya? Cuba lah sendiri!

#2 Mold Remover Spray

Siapa je yang tak geli untuk bersihkan tempat-tempat yang kotor dan berkulat? Tulah, siapa suruh tak bersihkan awal-awal kan dah problem…. Jangan risau, Mold Remover Spray ni lah akan jadi penyelamat hidup korang! Korang dah tak perlu lagi nak sental sampai sakit pinggang, just spray 3-4 kali dan bersihkan macam biasa. Indahnya hidup ini bukan? (Mold Remover Spray ni lah musut ketat Doktor-doktor sakit pinggang)

#3 Cooking Oil Hardener

Source: Lazada

Sisa minyak nugget yang korang masak tu jangan terus buang dalam sinki, habislah nanti tersumbat. Korang boleh gunakan serbuk Cooking Oil Hardener ni untuk keraskan sisa minyak dan terus buang dalam tong sampah! Japan, you blow my mind every time.

#4 Pipe Cleaner

Source: Shopee

Kalau korang tengah cari cara untuk bersihkan bahagian dalam paip, produk ni lah penyelesaiannya! Gunakan 1 tablet je dah boleh keluarkan semua sisa-sisa dalam paip tu. Kalau guna 5 tablet rasanya dengan sinki-sinki korang tu boleh tercabut.

#5 Storage Box

Source: Pinterest

Tak ada lagi alasan barang-barang korang berselerak dan bersepah sebab tak ada tempat nak simpan. Dekat Daiso ada bermacam jenis storage container atau storage box yang korang boleh beli ikut taste and style masing-masing!

Siapa yang kata benda murah ni tak berkualiti mesti tak pernah jejak masuk Daiso. Jadi, ambiklah article ini sebagai petanda yang korang patut start explore Daiso. Kan orang tua-tua selalu cakap, tak kenal maka tak cinta. Mana lah tahu, korang masuk Daiso tu terus tak nak balik dah.

“Malas lah nak keluar pergi Daiso, lagi-lagi tengah covid ni”

Tak perlu risau! Korang dah tak perlu nak keluar rumah untuk pergi Daiso, Daiso yang akan keluar dan datang rumah korang. Eh? Sekarang ni korang dah boleh shopping Daiso online! Berhati-hati lah… memang RIP wallet nanti.

Kalau korang berminat untuk baca macam-macam lagi article daripada LaichiKang, janganlah malu untuk stalk website kita! Click je LaichiKang and enjoy your day!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts