5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Tempoh ‘LOCKDOWN’

lockdown-pkp
Source: Pinterest

Kita semua tahu pkp lockdown ni bukanlah satu perkara yang kita dapat elakkan, lagi-lagi bila kes harian bertambah setiap hari… (Semua kerana sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan)

Bila kita fikir pasal soal kerja, belajar, keluarga dan macam-macam lagi waktu PKP ni memang boleh naik stres. Sekali lagi, soal-soal ni tak boleh nak dielakkan sebab kita kan ada tanggungjawab masing-masing? Sis faham sangat.

Jadi, harini sis nak kongsikan beberapa cara atau aktiviti yang kita semua boleh lakukan sementara lockdown ni supaya kita sentiasa sihat (dari segi fizikal, mental dan emosi).

5 AKTIVITI KORANG BOLEH LAKUKAN SEPANJANG LOCKDOWN PKP

#1 MULAKAN BISNES KECIL

lockdown-pkp
Source: Pinterest

Siapa yang ada bakat memasak atau baking ke, ini lah masa untuk mulakan bisnes kecil korang! Mula lah dengan jual dekat jiran atau kawan-kawan rapat, nanti bila korang dah selesa boleh lah besarkan lagi radar customer korang!

#2 TULIS BLOG

lockdown-pkp
Source: HubSpot

Siapa yang teringin nak jadi penulis terbaik Malaysia (kalahkan Fattah Amin) boleh mula dengan tulis blog! Yang best pasal tulis blog ni, takda siapa boleh kata korang salah. Ye lah, nama pun blog korang kan? Kalau takda idea, tulis je macam korang luahkan isi hati dalam diary korang tu.. Kan senang? Guarantee following naik punyalah.

#3 BERSENAM

lockdown-pkp
Source: Giphy

Di kala stres, senaman confirm tambah lagi stress. Eh? Hahaha gurau.. Untuk pengetahuan korang, bersenam ni ada banyak kelebihan dia tau! Selain memastikan kesihatan kita terjaga, bersenam ni sebenarnya hasilkan hormon endorphin.

Dalam kata-kata lain, endorphin akan buat korang happy! Bagi yang tak pernah bersenam langsung, jangan risau, Youtube ada banyak workout videos yang korang boleh ikut! #stayhealthy #stayhappy

#4 LAWAT MUZIUM VIRTUAL

lockdown-pkp
Source: WIRED

Korang ingat muzium ni boleh lawat depan-depan je ke? Hello, sekarang ni dah 2021 tau. Korang dah boleh lawat muzium dari sofa je! Yang paling penting, free dan visiting hours fleksibel! Bagi kaki-kaki tangkap gambar ni, bertabah lah ya…

Yang berminat nak lawat muzium sambil makan malam depan tv tu, nah sis kongsikan website muzium virtual ni. Have fun lah ya~

#5 KEMAS RUMAH

lockdown-pkp
Source: Giphy

Ya, bila kita nampak perkataan ‘kemas’ yang digandingkan dengan ‘rumah’ ni… Terus hilang rasa semangat kan? Suka atau tak, kita mana boleh lari daripada aktiviti yang membosankan ni… Hm… Tapi kan, korang tahu tak kemas rumah ni sebenarnya aktiviti yang best?

“Hah, biar betul sis admin ni?!”

Betul lah ni, ish! Nak mula tu mungkin macam susah sikit tapi bila dah tengah kemas tu, korang akan jumpa the rhythm and beat! Tibeh tak? Betul guys, kemas rumah ni satu aktiviti yang therapeutic! Tak percaya? Cuba lah sendiri. Mungkin korang boleh mulakan dengan kemas bilik sendiri dulu….?

Hah, itulah 5 aktiviti yang korang semua boleh buat dalam waktu pkp lockdown ni. Benda simple-simple je~ Iye lah, aktiviti yang mungkin dapat tolong kurangkan stres korang.

Sis kongsi idea-idea ni pun, sis sendiri tak pernah buat lagi… Mungkin ini juga petunjuk untuk sis sendiri yang mula… Korang pun sama eh! Ingat guys, utamakan kesihatan korang! Itu lah yang penting.

Kalau korang suka baca artikel macam ni, jom stalk Laichikang dan baca semua artikel-artikel menarik daripada kami!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts