35 Ekor Kambing Rentung Kandang Terbakar

Satu kebakaran yang berlaku di sebuah kandang kambing telah mengakibatkan kematian sebanyak 35 ekor kambing ternakan pada tengah malam tadi. 

Kejadian tersebut berlaku di Taman Temara, Pasir Puteh, Ipoh pada kira-kira jam 12.30 malam.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan II Rozaidee Kamarulzaman, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 12.30 malam. Mereka terus bergegas ke tempat kejadian berikutan dengan panggilan itu.

Dilaporkan, kebakaran melibatkan kandang kambing kelas C dan tiada individu dilaporkan terbabit.

“Terdapat 57 ekor kambing berada di dalam kandang itu dengan 35 daripadanya mati, manakala baki berjaya diselamatkan,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kebakaran tersebut telah memusnahkan kira-kira 50 peratus kandang yang terlibat. Manakala api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.30 pagi.

Punca kebakaran masih tidak diketahui.


Ikuti perkongsian daripada Laichikang untuk baca berita terkini.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts