Vaksin Itu Penting – Ini 3 Sebab Kenapa!

3-sebab-kita-kena-vaksin
Sumber: Orami.io

Bagi korang yang dah pun terima 1st dan 2nd dose vaksin, sis ucapkan tahniah! Bagi yang masih menunggu giliran, you can do this! Bagi yang memang tak nak ambik vaksin, sis ada satu soalan,

3-sebab-kita-kena-vaksin-1

“Dah kenapa?”

Sis pasti ada je lagi dalam kalangan kita yang masih tolak suntikan vaksin ni. Habis tu macam mana kita satu Malaysia ni nak lawan Covid-19? Dengan harapan group ni ubah fikiran, sis nak kongsikan beberapa sebab KITA SEMUA kena vaksin! Terima lah…

3 Sebab Kita Kena Vaksin

#1 Kurangkan risiko penyakit serious dan kematian daripada punca Covid-19

3-sebab-kita-kena-vaksin-2
Sumber: SFGATE

#2 Side effects adalah tanda baik!

3-sebab-kita-kena-vaksin-3
Sumber: Mayo Clinic

Maksudnya badan korang tengah lawan – build protection! Tapi tak semestinya setiap orang akan dapat side effects lepas vaksin. Yelah kan, setiap orang lain-lain. Klik SIDE EFFECTS VAKSIN untuk baca lebih lagi.

#3 Kita diwajibkan untuk terima suntikan vaksin

Haram bagi umat Islam yang sengaja menolak suntikan vaksin COVID-19 tanpa alasan yang munasabah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata sepatutnya isu keraguan tidak timbul memandangkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam memutuskan penggunaannya adalah harus dan wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan. Klik WAJIB VAKSIN untuk baca lebih lagi.

Janganlah sebab pilihan anda untuk tidak terima vaksin, orang lain yang terkesan. Ya, ada juga daripada kita yang positif Covid-19 walaupun sudah terima vaksin – kita perlu faham yang vaksin ni bukanlah perisai covid-19 100%.

Vaksin yang kita terima ni adalah untuk tambah antibody untuk lawan virus Covid-19 ni daripada menjadi terjangkit dan menjadi semakin teruk.

Sayangilah diri, keluarga dan masyarakat sekeliling dan pergi set appointment suntikan vaksin sekarang jugak wahai golongan anti-vaksin. Kita semua boleh lawan Covid-19! Malaysia pasti boleh!

Dah habis baca artikel ni? Jom sambung baca artikel kami yang lain – hanya di Laichikang~

Macam iklan tv tak? Kahkahkah

Total
26
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts