3 Idea Untuk Hilangkan Rasa Bosan!

5-cara-hilangkan-rasa-bosan
Source: Lifespan.io

Tak penat ke setiap hari asyik send semua tiktok yang korang tengok dekat kawan-kawan? Tak penat ke setiap hari asyik baca tweet sendiri setiap kali refresh timeline? Tak penat ke setiap hari asyik tengok story wedding kawan-kawan korang?

“Aku Bosan!” – Stacy

Ya Stacy, aku pun. Ye lah, mestilah penat dan bosan (tak buat apa-apa) kan? Eh, jangan risau! Disebabkan sis sendiri pun dah penat asyik gelak baca tweet sendiri je, sis ambil keputusan untuk selam google dan cari idea untuk jadi lebih produktif.

Terimalah….

3 Idea Untuk Hilangkan Rasa Bosan!

#1 Tulis Journal

Source: LifeSavvy

Senang je. First, ambik je satu buku sekolah adik korang yang kosong dan cilok je lah mana-mana pen yang ada dalam beg sekolah dorang tu. Second, tulis lah tentang apa yang dah jadi pada hari korang.

Awal-awal nak tulis journal ni macam susah sikit tapi bila korang dah pegang pen tu mesti dah tak ingat dunia punya. Mana lah tahu korang dengan secara tidak sengajanya terhasilkan karya yang mampu kalahkan 99 Kata Fattah Amin?

#2 Belajar Menari

Okay, yang ni macam best sikit. Daripada korang asyik send setiap tiktok yang masuk FYP (For you Page) dekat kawan-kawan, baiklah korang cari dance-dance menarik yang korang boleh ikut dan belajar. Kalau nak cuba nasib, post je terus dekat tiktok. Kalau dah lama tak dengar khabar tu, memang faham-faham je lah. #smtownglobalaudition #nct2022

#3 Start Scrapbooking!

Idea ni menarik kalau korang ada banyak gambar daripada zaman kegemilangan korang dulu AKA zaman hingusan. Tak tahu mana nak cari? Ala, dekat Facebook account mak korang confirm ada banyak.

Dari situ, korang pilih lah gambar-gambar terbaik untuk diletakkan dalam scrapbook ni. Percayalah, korang mesti akan rindu sambil terkenang zaman gelap tu. #masihkahkauingat

Hah, macam best kan idea-idea ni? Okaylah sis tengah on-the-way nak siapkan 100 Pesanan Amber. Jangan risau, sis tak akan lupakan korang semua bila buku ni menang anugerah Buku Popular.

Eh, alang-alang dah baca article ni baik korang terus baca semua article dekat Laichikang ni! Confirm korang tak bosan lah! (Haah lah, satu lagi idea best korang boleh buat bila bosan!)

Total
1
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts