3 CARA UNTUK BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN PADA WAKTU PKP NI!

#pkp

Dulu waktu awal-awal pandemik ni, dengar kes sampai 200 pun semua dah takut nak keluar rumah. Sekarang ni dah nak hampir 10,000 kes sehari pun ada je orang yang berani langgar SOP tengah-tengah PKP ni! (Tak nak cakap siapa lah, fefaham je lah) Banyak betul yang jadi dan berubah sepanjang tahun ni kan? Kalau nak senaraikan setiap satu, sampai minggu depan pun tak akan habis.

Siapa lah sangka pandemik ni akan effect kita sampai macam ni sekali? Bilangan kematian bertambah dan kes positive yang hampir cecah 10,000 sehari, kehilangan kerja, kesusahan pelajar untuk belajar online dan macam-macam lagi lah! Berat betul ujian kita semua.

Kita pun dah pernah lalui PKP lockdown sebelum ni, jadi kita tahu betapa susahnya situasi ini untuk segolongan daripada kita. Lagi-lagi mereka yang ada tanggungan keluarga yang besar.

Jadi, harini, sis nak sharekan beberapa cara yang kita semua boleh tolong mereka yang memerlukan waktu PKP ni!

#1 PERHATIKAN BENDERA PUTIH DI KAWASAN PERUMAHAN

Kalau korang nak tahu, kempen ‘kibarkan bendera putih’ ni dijadikan simbol untuk minta bantuan bagi yang menghadapi masalah dari segi bekalan makanan dan kewangan. Sis pun tak pasti siapa yang mulakan idea ni tapi kempen ni memang mendapat sambutan di social media!

Jadi, kalau korang ada nampak bendera putih yang berkibaran dekat kawasan perumahan anda, bantulah mereka sebanyak yang boleh. Tak pun, ajak jiran-jiran yang lain untuk turut bantu mereka. Kita kan susah senang bersama?

#2 SEARCH #BENDERAPUTIH DI TWITTER, FACEBOOK ATAU DI BROWSER

#pkp #bantu

Bila korang search ‘#benderaputih’ di social media atau di browser, banyak tweet, status dan article berkenaan akan keluar. Jadi, dari situ korang boleh lah scroll dan baca setiap satu. Nak hulurkan bantuan memang dialu-alukan.

Kalau tak pun, korang boleh je bantu sharekan tweet, status dan article tersebut di social media anda atau di WhatsApp untuk ajak orang lain untuk turut bantu!

#3 FOODBANK

#pkp #bantu
Source: New Straits Times

Foodbank ni pun salah satu cara terbaik untuk bantu mereka yang memerlukannya! Korang boleh derma barang-barang keperluan atau makanan bagi meringankan beban mereka. Senang je nak cari foodbank berdekatan anda, google je ‘Foodbank near me’ (Haah… Sis translate balik je ayat tu…) atau ‘Foodbanks in XXX*’

*Daerah kawasan perumahan anda

Banyak jugak cara yang kita boleh bantu kan? Bagi korang yang tak berkemampuan untuk bantu, jangan risau, korang tolong sharekan tweet, status atau article yang berkenaan ni pun dah cukup membantu tau… Jadi, sis harap post kalini dapat berikan manfaat kepada korang semua.

Kita jangan putus harapan. Rakyat Malaysia kan kuat? We can do this guys #kitajagakita

Alang-alang dah habis baca article ni, apa kata korang baca article Laichikang yang lain pulak?

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts