3 Cara Defends Diri Bila Kena Kompaun Sebab Tak Pakai Mask Di Kawasan Lapang

Sejak kerajaan mewajibkan pemakaian mask atau pelitup muka di tempat awam memang tak di nafikan hampir keseluruhan rakyat Malaysia patuh dengan arahan itu.

Adakah rakyat patuh sebab pentingkan kesihatan atau mereka takut akan di saman oleh pihak polis jika tidak menggunakan mask di kawasan umum?

Bukan sikit tau kalau kena saman, boleh kena RM1000. Orang kata nilai tu sama macam satu bulan gaji.

Namun, baru-baru ni tular di laman Twitter mengenai perkongsian seorang wanita yang meluahkan ketidakpuashatiannya apabila dia telah di saman oleh pihak polis akibat tidak memakai mask.

Walaubagaimanapun, wanita ini tetap menegaskan bahawa dia tidak berada di kawasan sesak dan ramai orang . Malah, ketika dia di saman, wanita ini baru sahaja keluar dari kereta dan ingin ke bahagian sebelah penumpang bagi mengambil anaknya.

Sumber: Twitter

Namun, malang tak berbau dia akhirnya telah dikenakan saman sebanyak RM1000.00 oleh pihak polis yang sedang bertugas pada ketika itu.

Hasil daripada perkongsiannya itu, wanita ini telah dihubungi sendiri oleh wakil dari Pusat Parlimen Segamat bagi membantunya.

Hasil perkongsiannya itu, ada juga individu yang dikenali sebagai @MD_F412 turut berkongsi nasib yang lebih kurang sama dan dia telah memberikan solusi bagaimana cara untuk defend diri jika di saman akibat tidak memakai mask namun bukan di kawasan sesak.

Menurut perkongsian lelaki berkenaan, ini antara cara untuk defends diri korang yang di saman akibat tak pakai mask dekat bukan kawasan sesak:

  1. Pergi ke website Adun kawasan bagi mendapatkan nombor telefon untuk aduan.
  2. Buat surat tunjuk sebab dan sertakan juga gambar bukti kepada Adun kawasan dan beri satu salinan kepada pihak polis.
  3. Sertakan juga segala bukti yang ada serta surat saman itu sendiri bagi membantu proses ini.

Lelaki ini juga turut sertakan contoh surat rasmi yang telah dihasilkannya itu.

Ingat ye, cara ini hanya boleh di lakukan jika korang sendiri sedar yang mana pada masa korang di saman, korang tidak melakukan sebarang kesalahan.

BACA: “Don’t Mess With Hungry Malaysians!” – Hashtag #SiBodohKauDengarSini Trending No 1 di Twitter

Total
26
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts