11 Ekonomi Bagi Negeri Fasa 1 Dibenarkan Beroperasi Bermula 16 Ogos

Hari ini, kerajaan telah mengumumkan berita gembira buat rakyat Malaysia yang berada di negeri-negeri Fasa 1 dalam Plan Pemulihan Negara (PPN).

Sebanyak 11 jenis ekonomi yang dibenarkan beroperasi bermula pada hari esok iaitu 16 Ogos 2021.

Antara ekonomi yang dibenarkan adalah:

1. Kedai cuci kereta

2. Kedai elektrik dan elektronik

3.Kedai barangan rumah & peralatan dapur

4. Kedai perabot

5. Kedai peralatan sukan

6. Kedai aksesori kereta

7. Pusat pengedaran & jualan kereta

8. Pasar pagi & pasar tani sahaja

9. Kedai pakaian,fesyen & aksesori

10.Kedai barang kemas

11. Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Sumber: Twitter

Namun, kegiatan ekonomi yang dibenarkan ini hanyalah tertakluk kepada individu yang sudah lengkap di vaksin sebanyak 2 dos sahaja.

Pihak premis perlu memastikan pelanggan yang hadir berjaya membuktikan bahawa dirinya sudah di vaksin dengan mempamirkan kad vaksin digital melalui aplikasi mysejahtera.

Seterusnya, pihak kerajaan juga membenarkan untuk kegiatan rekreasi di taman awam namun hanya dibenarkan kepada aktiviti individu sahaja seperti berjoging, berbasikal, dan bersenam tanpa berkelompok.

Sumber: Twitter

Nak dapatkan lebih banyak lagi info terkini dan semasa? Jom teruskan membaca artikel kami di Laichikang!

Total
3
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts