10 Workshop Korang Perlu Pergi Di KL & Selangor

“Hari ni kita nak buat apa ek?”, “Eh, nak pergi mana hari ni?”.

Pernah alami situasi begini? Mesti pernah kannn. Rasa bosan bila keluar jalan sebab asyik ke tempat yang sama. Balik-balik lepak di shopping mall, macam takde tempat lain, takde pengalaman baru yang boleh dapat.

Jadi, dalam artikel ni, admin nak kenalkan 10 bengkel di sekitar KL dan Selangor yang korang boleh pergi untuk luangkan masa lapang.

1. Tapir Place

sumber: instagram

Terletak di Sunway Geo Avenue, Tapir Place ialah bengkel seni yang menawarkan sesi melukis dan mewarna. Kelengkapan melukis disediakan dan pelajar juga akan diberi tunjuk ajar dalam menyiapkan hasil seni mereka. 

Yang paling best, Tapir Place benarkan haiwan peliharaan masuk! 

Lokasi: Bandar Sunway B-05-08, Sunway Geo Avenue, Jalan Lagoon Selatan, 47500 Bandar Sunway, Selangor.

2. Baking Workshop 

Siapa yang sukakan baking boleh datang ke Baking Workshop at Good Times DIY & Lifestyle cafe di Paradigm Mall!

Sengan harga serendah RM90, korang boleh bakar kek, biskut, cheese tart, dan macam-macam lagi di bengkel ni. Pendek kata semualah! Korang cuma perlu datang bawa diri sahaja. 

Bengkel ini juga ada dibuka di MyTown Shopping Centre.

Lokasi:  Paradigm Mall, Level 2F-03, 47301 Petaling Jaya || Level 2-052, MyTOWN Shopping Centre, 55100 KL

3. Mossarium

Nak taman hijau tapi takde ruang kat rumah? Jom cuba terrarium, taman mini dalam balang kaca. 

Mossarium menawarkan bengkel membuat terrarium yang beginner friendly. Dibuka setiap hujung minggu, korang boleh belajar cara mencipta, mereka dan menjaga terrarium bersama pelajar lain. Malah, bengkel ini juga menawarkan team building event. 

Lokasi: 3, Jalan SS 21/56b, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

4. Fluid Pouring Workshop 

Pernah tengok video fluid pouring art dimana cat dituangkan ke atas kanvas sehingga terhasil karya abstrak? Menarik ka?

Terletak di Eko Mall, Cheras, bengkel ni tawarkan kelas Fluid Pouring dengan harga berpatutan. 

Lokasi: Unit J, Eko Cheras No 693, Batu 5, Jalan Cheras, 56000, KL.

5.  22CraftStudio

Terletak di Bandar Sungai Long, 22CraftStudio ialah bengkel pottery dimana korang boleh menguli dan mengukir tanah liat untuk dijadikan pinggan, mangkuk, cawan dan sebagainya.

Bengkel ini menawarkan pelbagai pakej yang murah untuk dewasa dan kanak-kanak.

Lokasi: 19, Jalan SL 1/12, Bandar Sungai Long, 43000 Kajang, Selangor

6. Good Times DIY Pottery Studio

Satu lagi bengkel yang menawarkan kelas pottery di Selangor. Good Times DIY Pottery Studio sediakan ruang yang luas dan kelengkapan yang cukup untuk korang belajar buat tembikar. 

Bengkel ini beginner friendly dan sesuai untuk yang nak cuba pengalaman baru.

Lokasi: Level 1 – 19A, paradigm mall, Selangor

7. Yorokobi Art

Yorokobi Art ialah bengkel yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin kurangkan stress. Bengkel ini direka khas untuk beri pengalaman yang menenangkan kepada para pelajar. 

Nikmati hari korang sambil minum dan melukis di Yorokobi Art.

Lokasi: 12A1, Jln Radin Bagus 8, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

8. Art & Bonding

Kalau korang baru pertama kali nak menjinakkan diri dengan seni dan lukisan, Art & Bonding ialah bengkel yang sangat sesuai. Di bengkel ini korang akan diajar cara-cara melukis dan mewarna dari awal hingga selesai artwork korang. 

Malah, bengkel ini juga tawarkan sesi “Sip & Paint” dimana para pelajar boleh hirup air sambil berbual dengan rakan-rakan.

Lokasi:  22-3, Jalan 25/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

9. Tuftme

Baru sahaja dibuka tahun ini, bengkel tufting ni sesuai untuk mereka yang berminat dengan tufting. Pelbagai pakej ditawarkan mengikut rekaan dan saiz permaidani. Bengel ini juga akan guide korang satu persatu daripada alatan hingga teknik yang digunakan dalam kraf ini.

Lokasi: 10, Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya, 47100 Selangor

10. Ainna Artwork

Nak belajar seni tradisional batik? Boleh pergi ke Ainna Artwork yang terletak di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Mereka menawarkan pelbagai pakej kelas batik serendah RM15. Bahan-bahan semua disediakan. 

Bengkel ni hanya terima walk-in, tiada booking. Siapa cepat dia dapat katanya!

Lokasi: Lot 1.03A G floor central market annexe, Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur


Nak baca lagi artikel menarik? Jangan lupa ikuti perkongsain daripada Laichikang.

Total
3
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts