10 Tips Berbasikal Untuk Newbie

Tengah nak cari tips berbasikal ke tu? Ha, korang in the right page!

Kalau korang perhatikan sejak belakangan ini, aktiviti berbasikal ni semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam kalangan selebriti tidak kurang hebatnya juga dalam berkongsikan tips-tips berbasikal dalam media sosial masing-masing.

Aktiviti ini semakin popular sehingga yang tidak pernah berbasikal mula berjinak-jinak untuk berbasikal juga. Peningkatan ini bagus. Bagus untuk mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk minda dan badan.

Tapi, cuba teka apa aspek paling penting dalam berbasikal ni? Yes, betul. Aspek keselamatan lah yang paling penting!

Jika korang masih baru dan cuba nak join the bandwagon dengan aktiviti berbasikal ni, ada beberapa perkara yang korang wajib tahu. Yes, nak berbasikal pun kena study dulu. Tak boleh main hentam saja!

Jangan beli je basikal mahal-mahal tapi sekali main dah injured, langsung tak boleh main dah. Tak ke membazir tu?

So harini kami nak sharekan 10 tips berbasikal yang selamat untuk newbies, macam korang!

  1. Basikal yang sesuai

Untuk berbasikal dengan seronok dan selamat, perkara pertama yang yang korang perlu beri perhatian adalah jenis basikal. Contohnya, kalau korang nak lakukan kayuhan kawasan bandar, basikal yang korang perlu gunakan adalah road bike, ataupun basikal lipat.

2. Ketinggian seat

Ada rasa sakit pada lutut? Mungkin ketinggian tempat duduk basikal tidak sesuai dengan badan korang. Mungkin terlalu rendah atau terlalu tinggi. Ini adalah kesilapan common untuk newbies.

Sebabnya ramai yang merasa lebih selesa dan yakin sekiranya kaki dapat mencapai tanah. Tetapi, ketetapan seat yang salah boleh mengundang bahaya!

3. Tak perlu aksesori yang fancy

Bila kita first time dan bersemangat nak berbasikal, mesti kalau boleh semua aksesori kita nak beli, betul tak?? Jangan terlalu gopoh. Sebenarnya, korang tak perlu pun semua tu.

Apa yang korang perlukan adalah pakaian berbasikal yang sesuai, helmet, sarung tangan dan barang-barang lain yang cukup untuk keselamatan diri semasa berbasikal.

4. Praktis dengan gear

Macam memandu kereta atau motor, basikal pun ada gearnya. Newbie berbasikal memang wajib untuk biasakan diri dengan gear. Korang perlu pandai untuk mengendalikan gear dengan sesuai.

Contohnya, ketika mendaki bukit, ketika selekoh yang tajam atau menurun bukit. Penggunaan gear yang sesuai dapat membantu korang melakukan kayuhan yang lebih baik dan selamat.

5. Berbasikal dalam group

Untuk yang baru-baru ni, jangan berbasikal seorang diri. Bahaya! Untuk membiasakan diri dengan aktiviti berbasikal, cuba sertai kayuhan secara berkumpulan.

Walaubagaimana pun, korang perlu pandai menjarakkan diri dengan rakan-rakan agar tidak berlakunya kemalangan.

Haa untuk korang yang newbie ni, jangan pula nak tunjuk terer nak cycle paling depan pula, start dekat belakang dulu. Dah dapat rentak, barulah syok berbasikal!

Belum, tips berbasikal dengan selamat tak habis lagi, scroll lagi sampai bawah!

6. Minum air

Bila dah bersemangat nak bermain basikal, jangan lupa untuk pastikan badan anda mengandungi cukup air. Ini antara tips berbasikal yang paling penting.

Ini kerana melakukan kayuhan pasti akan membuatkan anda berasa haus. Tambah-tambah lagi sekiranya korang berbasikal di bawah matahari terik.

Untuk mendapatkan hidrasi yang cukup, pastikan anda meminum air bukan sahaja sejam sebelum berbasikal. Tapi lebih baik apabila anda meminum air malam sebelum anda memulakan aktiviti kayuhan itu.

7. Warm-up sebelum kayuh

Seperti mana-mana aktiviti sukan yang lain, sesi memanaskan badan sebelum memulakan kayuhan adalah penting! Sesi memanaskan badan penting untuk prepare badan anda supaya badan tidak terkejut.

Aktiviti memanaskan badan ini bukan saja membantu korang berprestasi lebih baik, tapi ia juga dapat melindungi badan korang daripada kecederaan.

8. Rehat yang cukup

Yes, berbasikal pun memerlukan korang untuk mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan aktiviti itu. Contohnya, kalau korang nak berbasikal pada pagi, pastikan anda rehat dan tidur dengan cukup pada malam sebelumnya.

Baca: 8 Sebab Kenapa Penting Untuk Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

9. Fahami peraturan jalan raya

Yang ini pun penting. Kenapa korang kena ikut peraturan jalan raya sedangkan korang tak memandu atau menunggang motosikal? Haa, jawapannya mudah je.

Berbasikal dengan mematuhi peraturan jalan raya akan mengurangkan sebarang risiko yang boleh berlaku. Risiko ni boleh terjadi kepada anda atau pengguna jalan raya yang lain.

10. Macam bawa kereta juga

Ketika korang sedang berbasikal, korang disarankan untuk berfikiran seperti seorang pemandu kereta.

Ini supaya pergerakan korang boleh dijangka pemandu lain.Ia termasuk berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah, berhenti pada papan tanda berhenti, dan berbasikal menggunakan arah sama dan bukan melawan arus.

Haa, so dah ada 10 tips berbasikal ni jangan lupa amalkan tau!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts