Zaman kanak-kanak dulu mesti suka makan snek kan? Bila ada duit lebih je, macam-macam snek kita beli.
Namun, snek zaman kanak-kanak kita dah susah nak dapati sekarang kerana banyak yang sudah menghentikan pengeluarannya.
So, jom kita ingat balik nostalgia snek zaman kanak-kanak kita dulu.
1. Eye Glass candy

Eye glass candy, juga dipanggil coklat nombor lapan ialah salah satu snek kegemaran. Coklat ni dulu, dikira macam m&m’s bajet tapi lebih cool sebab ianya boleh ditukarkan menjadi cermin mata! Ikat saja dua gelung getah di penghujung pakejnya, siaplah cermin mata coklat anda!
2. Nini

Pernah tak rasa frust bila biskut habis tapi coklat masih banyak lagi? Mesti korang gunakan jari untuk korek coklat yang tertinggal.
Psst, Nini juga dikilangkan di kilang yang sma dengan Tora dan Ding Dang. Wow, semuanya snek legend!
3. Nano Nano

Oh, Nano Nano~ Haaa masih teringat lagi lagu komersial Nano Nano.
Manis, Masam dan masin, gula-gula ni membawa balik kenangan lama.
4. Chickadees

Snek jagung berperisa ayam, satu lagi snek legend yang korang zaman 90s mesti kenal. Even parents kita pun makan chickadess masa kecil dulu. Tak percaya? Tanyalah mereka.
5. Haw Flakes

Kepingan asam ini antara snek yang selalu pass dalam kelas semasa cikgu sedang mengajar. Senyap-senyap kita seludup asam ni dan masuk dalam mulut.
Rasanya masam, manis. Ada yang kata rasanya seperti buah stroberi. Tapi, sebenarnya Haw Flakes ni diperbuat daripada buah hawthorn. Sejenis beri yang boleh didapati di seluruh Asia.
6. Apollo

Setiap kali rancangan di TV tengah klimaks, mesti seorang budak yang sebut “Apollo” akan keluar. Ish, sibuk betul!
Sebanyak mana pun kita menyampah dengan budak Apollo tu, tak dinafikan, kek Apollo masih menjadi kegemaran ramai. Kek coklat, pandan, stroberi semuanya sedap.
7. Wu Hua Guo

Sama seperti Haw Flakes, ni satu lagi snek yang pelajar gemar seludup dalam kelas. Bukan setakat pelajar je, cikgu pun makan asam ni.
Untuk mereka yang tak tahu, Wu Hua Guo ni sebenarnya buah tin yang telah dihiris dan dikeringkan. Asam ni ada pelbagai khasiat.
8. White Rabbit

Gula-gula susu yang lemak, manis, dan kenyal.
Yang paling menarik tentang gula-gula ini ialah pembalutnya yang diperbuat daripada beras. Ianya boleh dimakan. Tak perlu susah-susah buka pembalut kalau boleh terus masuk mulut je, betul tak?
9. Coklat syiling emas

Coklat ni masih boleh didapati di kedai runcit.
Dulu, selalu jadi challenge antara kawan-kawan siapa yang boleh bukak pembalut coklat ni tanpa merosakkan bentuk coklat.
10. Funny Fruity Stick

Gula-gula buah ni datang dalam pebagai perisa seperti anggur,oren dan strawberi. Teksturnya kenyal, sama seperti gula Sugus.
Rindunya semua snek ni. Memang mengimbau kenangan sungguh!
Nak baca kisah lebih menarik? Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang.