8 Sebab Kenapa Penting Untuk Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

dapatkan tidur yang mencukupi

Sekarang ni kecoh dengan isu pekerja zaman sekarang dah tak ada ‘work-life balance‘ di mana orang muda zaman sekarang terlalu sibuk buat kerja sampai abaikan kepentingan untuk berehat dan hanya dapatkan masa tidur yang singkat.

Sebenarnya, tidur yang mencukupi adalah sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Apabila kita tak dapat tidur yang mencukupi, badan kita akan rasa penat dan sekaligus memberi impak yang negatif terhadap aktiviti harian kita.

Mental yang penat akan menyebabkan tindak balas minda menjadi kurang tangkas manakala tubuh badan yang letih akan beri impak yang negatif terhadap sistem imunisasi badan. Jangan pandang remeh ya.

“Penting sangat ke dapatkan tidur yang mencukupi?”

Ya, amat penting.

Ketahui 8 sebab kenapa penting untuk dapatkan tidur yang mencukupi.

Dapatkan tidur yang mencukupi ni sebenarnya sama penting dengan perlunya pengambilan makanan yang sihat dan bersenam.

#1 Tidak mendapat tidur yang mencukupi boleh menyebabkan berat badan naik

Individu yang tidak mendapat tidur yang mencukupi lebih mudah untuk naik berat badan berbanding dengan individu yang dapatkan tidur yang mencukupi.

Sebenarnya, tidak mendapatkan tidur yang mencukupi adalah salah satu faktor untuk kegemukan. Ada kajian yang menyatakan bahawa kanak kanak dan dewasa yang kurang tidur cenderung untuk mengalami obesiti sebanyak 55-89%.

dapatkan tidur yang cukup
Sumber: Freepik

#2 Cenderung kepada pengambilan kalori yang sedikit

Kajian menunjukkan bahawa individu yang kurang tidur mempunyai selera makan yang lebih besar dan cenderung kepada pengambilan kalori yang berlebihan.

Ini adalah kerana kurang tidur menganggu turun naik hormon selera makan dan dipercayai menyebabkan selera makan yang tidak teratur.

dapatkan tidur yang cukup
Sumber: Freepik

#3 Tidur yang mencukupi akan meningkatkan daya tumpuan dan produktiviti

Dapatkan tidur yang mencukupi adalah sangat penting untuk otak. Bukan itu sahaja, tidur yang mencukupi akan tingkatkan daya tumpuan serta produktiviti seharian kita.

Kiranya, tidur ni penting supaya korang dapat tingkatkan prestasi korang di mana sahaja. Tempat kerja ke, di rumah ke, mestilah korang nak tunjukkan prestasi yang terbaik kan?

dapatkan tidur yang mencukupi
Sumber: Freepik

#4 Hindari penyakit kronik

Kualiti dan jangka waktu tidur boleh memberi kesan besar kepada banyak faktor risiko kesihatan.

Antara penyakit yang boleh didapati oleh individu yang tidak mendapatkan tidur yang mencukupi adalah seperti penyakit jantung, alzheimer, strok, dan banyak lagi.

Baca: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/07/perhatian-masalah-kurang-tidur-boleh-membunuh/

#5 Tidak cenderung pada kemurungan

Masalah kesihatan mental, seperti kemurungan, sering dikait rapat dengan tidak mendapat tidur yang mencukupi.

Apabila kita kurang tidur, secara tak langsung bukan badan sahaja yang akan rasa lemah, tetapi mental juga. Apabila mental kita lemah, kita lebih cenderung untuk mengalami kemurungan.

Dianggarkan bahawa 90% orang yang mengalami kemurungan mempunyai masalah untuk dapatkan tidur yang mencukupi.

#6 Mengekalkan mood yang baik

Bila lebih dan mengantuk, kita akan lebih mudah marah, kurang sabar, hilang fokus dan lebih beremosi. Secara tak langsung, semua itu akan menjejaskan kualiti hari kita secara keseluruhan.

Kesannya akan dapat dilihat ketara pada kerja yang dilakukan.

dapatkan tidur yang mencukupi
Sumber: Freepik

#7 Meningkatkan sistem imun

Tidur yang mencukupi akan membuatkan badan kita berfungsi dengan baik dan normal. Apabila terdapat gangguan (kurang tidur), sistem badan kita pun akan terjejas, termasuk juga sistem imun.

Apabila sistem imun terjejas, kita lebih mudah untuk mendapat penyakit. Sebab tu penting untuk kita jadikan tidur sebagai prioriti demi mengekalkan kesihatan badan pada tahap yang baik.

#8 Dapat menenangkan fikiran

Perasan atau tidak, setiap kali kita tak dapat tidur yang mencukupi, kita rasa macam ada je benda yang tak kena? Fikiran pun jadi kelam kabut, sampai rasa serabut!

Ini adalah kerana otak kita perlukan rehat yang panjang juga, sama macam badan kita. Kalau kita paksa otak dan badan kita untuk terus melakukan kerja, ia akan berfungsi dengan kurang baik dan akhirnya beri impak pada benda yang kita nak buat.

Kalau taknak serabut, stress, cepat rasa nak marah dan letih, pastikan korang dapatkan tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang mencukupi ialah 7-8 jam sehari.

Mudah, kan?

Badan dan otak kita sememangnya memerlukan rehat agar tenaga kita pun dikembalikan. Setiap hari kita dah gunakan tenaga untuk lakukan kerja.

Jadi, cara yang terbaik untuk mengecas semula tenaga dalam badan ialah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts