5 Hotel Ini Menawarkan Pakej ‘Kerja Dari Hotel’ Wow!

hotel

Kalau dah bosan bekerja dari rumah, apa salahnya cuba bekerja dari hotel kan?

Banyak bisnes yang terjejas sejak MCO, tak terlepas juga dengan bisnes perhotelan. Banyak juga hotel yang sudah berhenti beroperasi akibat MCO.

Sejak MCO juga, semua pekerja disarankan untuk bekerja dari rumah. Tapi mesti dah boring kan? Mesti rindu nak dapatkan ‘feel’ jalan jalan dan tidur di hotel.

Sekali sekala buat kerja di hotel, kan best! Jom tengok 5 hotel yang tawarkan pakej ‘kerja dari hotel’ ini.

1. Ormond Hotels, The Chow Kit.

hotel

Hotel mewah yang terletah di tengah tengah Kuala Lumpur ini menawarkan pakej di mana anda boleh check in seawal 9 pagi dan check out pada jam 7 petang. Bukan tu je, sepanjang waktu tu, korang boleh minum kopi sebanyak mana yang korang nak secara percuma! Tak mahal pun, hanya RM30.

Klik: Ormond Hotels

2. Oyo Hotel

hotel

Siapa yang tak kenal Oyo Hotel ni kan? Oyo hotel ni terkenal dengan harganya yang terlajak murah! Bagi sesiapa yang ‘on budget’ boleh lah pilih Oyo Hotel ni.

Rangkaian perhotelan ini yang menguruskan hotel bajet di seluruh negara juga mempunyai bilik yang tersedia untuk bekerja dengan harga serendah RM19. Kerja dari hotel dengan harga serendah RM19 memang onz!

Klik: Oyo Hotel

3. The Holiday Inn Express, Kuala Lumpur.

hotel

Dapatkan WiFi percuma, tempat letak kenderaan percuma, kopi dan teh aliran percuma dan penggunaan percuma kemudahan hotel di hotel yang berlokasi ini dengan harga hanya RM85 bersih setiap orang.

Klik: Holiday Inn Express

4. New World Petaling Jaya, Petaling Jaya.

hotel

Yang duduk di Klang Valley dan nak juga rasa keseronokan bekerja dari hotel tapi taknak travel all the way to KL, boleh cuba work from home di New World Petaling Jaya, Petaling Jaya.

Hotel ini menjamin persekitaran kerja yang berfungsi dan selesa!

Klik: New World Petaling Jaya

5. Royale Chulan, Kuala Lumpur.

hotel

Hotel Royale Chulan pun tak terlepas dari membuat pakej work from hotel ya! Harga bermula RM49 sahaja. Wifi free, makanan free, teh/kopi pun free.

Klik: Royale Chulan

Sekali sekala tu jom bekerja dari hotel, alang alang tu dapat lah bantu menjana ekonomi negara. Hehe.

Nak tahu 6 tempat menarik di Ipoh, Perak? Klik sini: 6 Tempat Menarik di Ipoh, Perak.

Total
7
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts