10 Fakta Menarik Tentang Sukan Olimpik Yang Anda Mungkin Tak Pernah Tahu!

10-fakta-menarik-tentang-sukan-olimpik
Sumber: Polygon

Selain sambutan hari merdeka dan hari-hari perayaan, acara sukan olimpik ni juga merupakan salah satu event yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap rakyat Malaysia!

Betapa hebatnya event ni sampai boleh menyatupadukan antara kita semua! Memang #SatuMalaysia!

Sempena sukan Olimpik 2021 yang telah berlangsung di Tokyo haritu, sis nak kongsikan beberapa fakta menarik tentang sukan Olimpik ini! Terima lah…

10 FAKTA MENARIK TENTANG ACARA SUKAN OLIMPIK

#1 Acara Olimpik yang pertama dalam dunia telah berlangsung di Olympia, Greece sekitar tahun abad ke-8 sm.

10-fakta-menarik-tentang-sukan-olimpik
Sumber: Irish Mirror

#2 Zaman-zaman dulu, acara sukan Olimpik ni berlangsung terus selama 5 – 6 bulan. Gila kan!

10-fakta-menarik-tentang-sukan-olimpik
Sumber: Lepak

#3 Bahasa rasmi sepanjang acara sukan Olimpik adalah bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa rasmi negara tuan rumah.

#4 Dari tahun 1912-1948, para seniman pun ambik bahagian dalam Olimpik jugak tau! Pelukis, pemahat, arkitek, penulis, dan pemuzik bersaing untuk dapatkan pingat dalam bidang masing-masing. Menarik kan!

10-fakta-menarik-tentang-sukan-olimpik

10-fakta-menarik-tentang-sukan-olimpik
Jean Jacoby’s Corner, left, and Rugby. At the 1928 Olympic Art Competitions in Amsterdam, Jacoby won a gold medal for Rugby. (Collection: Olympic Museum Lausanne)
Sumber: Smithsonian Magazine

#5 Semasa Sukan Berlin 1936, dua Japanese pole-vaulters menang tempat kedua.

Daripada bertanding lagi, mereka separuhkan pingat perak dan gangsa jadi dua dan satukan dua bahagian setiap satu pingat yang berbeza tu menjadi satu pingat. Mereka pun dapatlah separuh pingat perak dan separuh lagi perak gangsa. Orang panggil: The Medals of Friendship!

#6 Sukan London 2012 adalah Olimpik pertama di mana semua negara peserta telah hantar atlet wanita. Woohoo!

#7 Lima cincin simbol Olimpik yang direka oleh Baron Pierre de Coubertin, (pengasas bersama Sukan Olimpik moden) itu mewakili lima benua dunia yang dihuni.

10-fakta-menarik-tentang-sukan-olimpik
Sumber: Colorlib

#8 Logo Olimpik mempunyai enam warna – biru, kuning, hitam, hijau, merah, dan latar belakang putih.

Dipilih kerana bendera setiap negara ada sekurang-kurangnya satu warna daripada enam warna tersebut.

10-fakta-menarik-tentang-sukan-olimpik
Sumber: Vecteezy

#9 Acara Sukan Olimpik telah dianjurkan oleh 23 negara!

#10 Pingat emas kebanyakkannya terbuat dari perak!

10-fakta-menarik-tentang-sukan-olimpik
Sumber: ZME Science

Menarik kan semua fakta ni? Sis harap post kalini dapat lah tambah sedikit sebanyak pengetahuan korang tentang sukan Olimpik. So, jumpa dekat Paris 2024 nanti eh?

Jom baca artikel-artikel kami yang lain! Confirm best punyalah! Di mana? Di Laichikang lah~

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts